Friday, 30 August 2013
Cuba kau fikir
Posted on 01:45 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Cuba fikirkan sejenak.
Kalau benar diri kau cintakan umat,
Mengapa tidak konsisten dalam berdoa?
Mengapa tidak berdoa untuk semua umat yang terseksa?
Adakah definisi berdoa tunggu sesuatu kawasan dibedil baru berdoa?
Kalau benar diri kau cintakan umat,
Mengapa kezaliman di tempat sendiri kau buta?
Kau buta sejarah, kau tutup mata, kau terima saja.
Kalau benar diri kau cintakan umat,
Mengapa sekadar menjadi 'keyboard warrior' saja?
Banyak umat yang perlu kau tolong,
Boleh jadi belakang rumah kau saja,
Tapi kau buta, kau terima saja.
Kau rela duduk di kerusi, berdiam saja.
Adakah populis yang kau kejar,
Atau benar kau cinta?
Cuba kau fikir,
Tak lama, sejenak sahaja.
Monday, 26 August 2013
Bloom's Taxonomy Knowledge Level
Posted on 04:55 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Menurut Bloom's Taxonomy Knowledge Level,kaedah hafalan adalah taraf ilmu yang terendah diikuti dengan kaedah Pemahaman (understanding) akan konsep ilmu yang dipelajari.
Taraf ilmu ini diikuti dengan 'Aplikasi' ilmu melalui perbuatan, pemikiran atau perkongsian.
Setelah itu, diikuti dengan 2 tahap ilmu yang lain iaitu kaedah Menganalisis Data (Analyzing) menurut interpretasi sendiri dan melakukan Penilaian (Evaluate) atau cenderung kepada konklusi sendiri yang didapati melalui analisis.
Akhir sekali, yang boleh dianggap tahap mokhsha atau nirvana ialah Penciptaan (Creating) iaitu tafsiran sendiri dimanipulasi untuk membuat teori baru berdasarkan ilmu yang dikuasai.
Nota kaki: Kaedah hafalan bukanlah kaedah yang terbaik untuk dunia praktikal. Sekurang-kurangnya faham, aplikasi, analisis dan buat konklusi.
Bukankah kita manusia, bukan robot?
Subscribe to:
Comments (Atom)

