Monday, 26 August 2013

Bloom's Taxonomy Knowledge Level

Menurut Bloom's Taxonomy Knowledge Level,
kaedah hafalan adalah taraf ilmu yang terendah diikuti dengan kaedah Pemahaman (understanding) akan konsep ilmu yang dipelajari.
Taraf ilmu ini diikuti dengan 'Aplikasi' ilmu melalui perbuatan, pemikiran atau perkongsian.
Setelah itu, diikuti dengan 2 tahap ilmu yang lain iaitu kaedah Menganalisis Data (Analyzing) menurut interpretasi sendiri dan melakukan Penilaian (Evaluate) atau cenderung kepada konklusi sendiri yang didapati melalui analisis.
Akhir sekali, yang boleh dianggap tahap mokhsha atau nirvana ialah Penciptaan (Creating) iaitu tafsiran sendiri dimanipulasi untuk membuat teori baru berdasarkan ilmu yang dikuasai.

Nota kaki: Kaedah hafalan bukanlah kaedah yang terbaik untuk dunia praktikal. Sekurang-kurangnya faham, aplikasi, analisis dan buat konklusi.
Bukankah kita manusia, bukan robot?



0 comments:

Post a Comment