Friday, 30 August 2013
Cuba kau fikir
Posted on 01:45 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Cuba fikirkan sejenak.
Kalau benar diri kau cintakan umat,
Mengapa tidak konsisten dalam berdoa?
Mengapa tidak berdoa untuk semua umat yang terseksa?
Adakah definisi berdoa tunggu sesuatu kawasan dibedil baru berdoa?
Kalau benar diri kau cintakan umat,
Mengapa kezaliman di tempat sendiri kau buta?
Kau buta sejarah, kau tutup mata, kau terima saja.
Kalau benar diri kau cintakan umat,
Mengapa sekadar menjadi 'keyboard warrior' saja?
Banyak umat yang perlu kau tolong,
Boleh jadi belakang rumah kau saja,
Tapi kau buta, kau terima saja.
Kau rela duduk di kerusi, berdiam saja.
Adakah populis yang kau kejar,
Atau benar kau cinta?
Cuba kau fikir,
Tak lama, sejenak sahaja.
Monday, 26 August 2013
Bloom's Taxonomy Knowledge Level
Posted on 04:55 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Menurut Bloom's Taxonomy Knowledge Level,kaedah hafalan adalah taraf ilmu yang terendah diikuti dengan kaedah Pemahaman (understanding) akan konsep ilmu yang dipelajari.
Taraf ilmu ini diikuti dengan 'Aplikasi' ilmu melalui perbuatan, pemikiran atau perkongsian.
Setelah itu, diikuti dengan 2 tahap ilmu yang lain iaitu kaedah Menganalisis Data (Analyzing) menurut interpretasi sendiri dan melakukan Penilaian (Evaluate) atau cenderung kepada konklusi sendiri yang didapati melalui analisis.
Akhir sekali, yang boleh dianggap tahap mokhsha atau nirvana ialah Penciptaan (Creating) iaitu tafsiran sendiri dimanipulasi untuk membuat teori baru berdasarkan ilmu yang dikuasai.
Nota kaki: Kaedah hafalan bukanlah kaedah yang terbaik untuk dunia praktikal. Sekurang-kurangnya faham, aplikasi, analisis dan buat konklusi.
Bukankah kita manusia, bukan robot?
Wednesday, 17 July 2013
How much Kpop can you go?
Posted on 22:36 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Sebenarnya K-pop dah wujud lama dan sebenarnya ia bukan persepsi buruk pun dahulu. In fact, zaman sekolah rendah lagi aku dah layan lagu-lagu Kpop dan Jpop macam BoA dan Asian Kung- fu Generation.Sepatah haram pun tak faham tapi bes woi.
Semua salah Naruto.
Yang jadi menyampah bila butthurt2 menyerang.
Jumpa member nk borak pasal artis Kpop la, tarian kpop nak hafal, rambut kpop, bangga digelar 'kpopers', hari2 google Kpop.
Tak ilmiah langsung.
Sampai jumpa member pun nak Oppa, Hyung.
Takda apa yang terfikir olehku kecuali,
'Oppa Kepala Hotak Kamu'.
Lepas tu orang kritik sentap.
Mohon terasa.
Jangan membudayakan Kpop. Kita hidup kat Malaysia, bukan Seoul.
Trend depa memang suka idolize artis. So some of them end up to be less creative and keep copying. Sebab tu sebelum ni bila ada artis bunuh diri kat sana melambak org awam bunuh diri.
Suicide rate depa memang selalu Top 3 dunia.
Sedar la, last2 hampa nikah orang Malaysia jugak. Lainla hang henseng mcm Jehan Miskin bini orang Korea.
Back to senses, jangan puja sangat manusia. Syirik hukumnya jika terlebih sudah.
Jangan sampai kat kubur nanti hampa nak jawab,
'Kpop akidahku'
Saturday, 6 July 2013
Perihal Si Pelopor Islamis
Posted on 07:05 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Persoalannya dalam dunia Islamis kita terlalu banyak Sang Pengkritik berbanding Sang Pelaku,Terlalu banyak Sang 'Suci' dan Sang 'Pelabel' yang tidak dapat menerima kehadiran si Islamis liberal dan Sosialis dalam perjuangan mereka,
Terlalu banyak Sang Peminta Puji dari Sang Ikhlas,
Terlalu banyak Sang Obsesi Parti Politik daripada Sang Neutral,
Buka mata. Bunga telinga. Dengar, lihat, peka.
Dakwah itu perlukan masa. Dakwah itu perlukan pemahaman.
Manusia itu kurang sabarnya. Manusia itu rumit sifatnya.
Manakan si anak mahu menutup aurat jika tidak diajar apakah erti menutup aurat.
Manakan sang liberalis mahu mendengar jika tidak diajar apakah ertinya Ad-Din, tidak diajar budaya Ad-Din.
Kenali bakat anda. Optimumkan pada kerja dakwah.
Kata Mat Luthfi, kita tak boleh buat semua jadi baiklah kita gerak bersama.
Wallahu'alam.
"Kebangkitan Islam itu umpama air, tak boleh disekat. Apa bila disekat di bahagian kiri, ia mengalir ke kanan. Apabila disekat di bahagian kiri dan kanan, ia akan melimpah.
Hentikanlah gerak kerja anda memburu dunia dan pangkat semata mata, sehinggakan perjuangan itu tergadai. Jadilah seorang ahli gerakan Islam yang ikhlas berjuang"
(Ustaz Muhammad Mujahid)
Cakna
Posted on 06:53 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Cakna,
Cakna dengan masyarakat sekelilingmu.
Cakna,
Cakna dengan umatmu.
Cakna,
Cakna dengan saudara seagamamu.
Cakna,
Cakna dengan ilmumu.
Caknalah kerna kau sayang. Caknalah kerna kau ingin menyumbang,
Caknalah kerna kau inginkan perobahan positif.
Lupakan nama,
lupakan label,
lupakan kata orang,
Lupakan mereka,
Jika itu niat di sebalik caknamu.
Kerna Sang Penilai hanyalah yang Satu.
Sunday, 9 June 2013
Mentaliti mempertuhan ilmu sains
Posted on 04:38 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
"I always thought the idea of education was to learn to think for yourself"
-Robin Williams, Dead Poets Society.
Minah: Eh nyah anak kau yang lepas SPM tu dapat sambung apa?
Siti: Dapat sambung Medic. Kat UiTM. Palam.
Minah: Wei pandainya anak kau, bakal doktor lah! Senang dapat kerja nanti! anak kau pulak?
Siti: Dapat sambung kos perkayuan. Kat UiTM. Jengka.
Minah: Oh...
Sebenarnya kadang kadang aku kesian mentaliti marhaen Malaysia yg macam ni. Anak-anak kecil yang baru nak jejak kaki ke luar menuntut ilmu dah disogok dengan mentaliti belajar sastera macam belajar ilmu murahan.
Dan si dewasa lain mengikut sahaja.
Bukan nak cerca ilmu sains tapi ilmu tu perlu dipandang sama rata, sastera atau sains. Ada sebab kenapa Islam mewajibkan setiap bidang tu diceburi dalam sesuatu komuniti.
And the sad part is this mentality violates it.
And sampai bila pun orang hanya nampak education tu satu alat untuk mendapatkan kerja semata dan bukan untuk ada passion dan minat di dalamnya.
And takda pun yang akan cakap
"aku ambik bidang ni sebab aku nak berbakti pada komuniti aku".
Takda, none. kalau semua orang ada mentaliti macam ni.
Yang ada cumalah kerja, gaji, duit, selfishness dan manusia yang berhambakan ijazah semata.
This cycle continues.
Friday, 7 June 2013
Politik: Obsesi dan Neutral
Posted on 18:33 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Mereka sokong UMNO, mereka tak salah,
Mereka sokong PAS, mereka tak salah,
Mereka sokong PKR, mereka tak salah,
Mereka sokong DAP, mereka tak salah,
Mereka taknak sokong apa apa, mereka tak salah.
Kemon la bro. Freedom of choice kan. Pandai laung negara demokrasi tapi tak faham apa itu demokrasi.
bangang abadi.
Shame on you.
Ini sikit sikit cepat melatah bila tak sefahaman politik.
Kita kan Melayu.
Jadi sebagai orang Melayu aku perlulah cepat melatah, dan paranoid serta overreacted (Khairul, 2010)
Lepas tu mulalah keluar ayat pengkhianat negara, apa lagi dia mahu.
Those are totally bullshit man.
Apa mereka pilih tu tak salah. Itu apa yang mereka nampak dari budaya dan environment mereka. Macam jugak kau pandang sesuatu dari sudut berbeza, nampak bentuk lain2 tapi hakikatnya kita tengok benda yang sama.
We are all Malaysian, we vote because we want a better Malaysia, don't we?
Jadi apa yang salah?
Yang salah ialah politik obsesi.
Semua yang parti kau buat semuanya betul, suci.
Tak nampak salah orang.
Lepas tu tak mengaku macai. geli siak.
Hiduplah kau jadi penjilat yang malas berfikir, malas mengkaji.
Dan yang lagi salah langsung tak ambik tahu pasal politik lepas tu bangga macam haram.
Ini masa depan keluarga kau, anak-anak kau. It's around you babe: harga barang, undang-undang jalan raya, yuran sekolah, how can you ignore it?
Okfine kau tak suka politik but then cakna lah, aku pun tak minat cam haram dulu tapi sebab sayang negara aku ambil tahu.
Takkan nak suruh mamat Uganda ambik tahu pasal Malaysia.
Sebab tu aku respek kenyataan bersama Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli dalam debat Sinar Harian:
baca source-source yang berbeza, nilai dan pilih sendiri.
Jadilah kritis. Elakkan si gila pemain ayat sentimen, tak guna orang macam ni, tau melalak tapi taktau nak balas hujah apa.
Dan sebenarnya tak salah pun kau tak nak pilih sokong mana-mana.
Tak salah jadi neutral nak tiaw semua, kau nak puji semua.
Cuma kau sangat noob jika dah jumpa pemimpin yang bagus di kawasan kau tapi kau tak nak undi sebab kau benci orang lain dalam parti tu.
Satu lagi sebab kau bejet kau neutral habis semua pasal politik kau tak ambik tahu. Politik kotor lah apalah. Ini satu lagi bullshit.
Itu semua ignorance, bukan neutral.
Akhir sekali, jangan jadi buta.
Kalau dah macam-macam akhbar anda selak, dah baca macam-macam artikel tentang keburukan seseorang pemipin tu yang terbukti salah dan anda masih mahu memilihnya, maka hidup anda sangat kasihan.
Dibesarkan untuk menjadi macai. What a sad life.
Contohnya kalau satu hari nanti anda dapat tahu Anwar Ibrahim atau Najib ada perancangan buruk untuk Malaysia dan anda masih mengundi mereka, itu buktinya anda sudah obses.
The key is, read, read and read. And reading alone is not enough, engange in debates as well because each of us experiece things varily and khilaf is just great for
Dan kalau anda sudah dapat jawapannya, itu hak anda untuk memilih siapa dan pihak mana. cuma jangan jadi oblivious dengan keadaan sekeliling.
Politik tak kotor, manusia yang mengotorkannya. Politik itu satu sistem pentadbiran. Kalau kau deny politik maksudnya kau deny sistem pentadbiran yang berada di mana-mana: sekolah, universiti, syarikat, kolej.
Jangan jadi lembu. Kita diberi akal untuk menilai.
Oops panjang gila, suka hati akulah. Aku high malam ni.
kih kih.
Again,
"You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it.”
― Malcolm X
Subscribe to:
Comments (Atom)







