Saturday, 6 July 2013
Perihal Si Pelopor Islamis
Posted on 07:05 by Cikgu Zul's Lesson Ideas for Home Tutoring Purpose :)
Persoalannya dalam dunia Islamis kita terlalu banyak Sang Pengkritik berbanding Sang Pelaku,Terlalu banyak Sang 'Suci' dan Sang 'Pelabel' yang tidak dapat menerima kehadiran si Islamis liberal dan Sosialis dalam perjuangan mereka,
Terlalu banyak Sang Peminta Puji dari Sang Ikhlas,
Terlalu banyak Sang Obsesi Parti Politik daripada Sang Neutral,
Buka mata. Bunga telinga. Dengar, lihat, peka.
Dakwah itu perlukan masa. Dakwah itu perlukan pemahaman.
Manusia itu kurang sabarnya. Manusia itu rumit sifatnya.
Manakan si anak mahu menutup aurat jika tidak diajar apakah erti menutup aurat.
Manakan sang liberalis mahu mendengar jika tidak diajar apakah ertinya Ad-Din, tidak diajar budaya Ad-Din.
Kenali bakat anda. Optimumkan pada kerja dakwah.
Kata Mat Luthfi, kita tak boleh buat semua jadi baiklah kita gerak bersama.
Wallahu'alam.
"Kebangkitan Islam itu umpama air, tak boleh disekat. Apa bila disekat di bahagian kiri, ia mengalir ke kanan. Apabila disekat di bahagian kiri dan kanan, ia akan melimpah.
Hentikanlah gerak kerja anda memburu dunia dan pangkat semata mata, sehinggakan perjuangan itu tergadai. Jadilah seorang ahli gerakan Islam yang ikhlas berjuang"
(Ustaz Muhammad Mujahid)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment