Wednesday, 17 July 2013

How much Kpop can you go?

Sebenarnya K-pop dah wujud lama dan sebenarnya ia bukan persepsi buruk pun dahulu. In fact, zaman sekolah rendah lagi aku dah layan lagu-lagu Kpop dan Jpop macam BoA dan Asian Kung- fu Generation.
Sepatah haram pun tak faham tapi bes woi.
Semua salah Naruto.

Yang jadi menyampah bila butthurt2 menyerang. 
Jumpa member nk borak pasal artis Kpop la, tarian kpop nak hafal, rambut kpop, bangga digelar 'kpopers', hari2 google Kpop. 
Tak ilmiah langsung.
Sampai jumpa member pun nak Oppa, Hyung.
Takda apa yang terfikir olehku kecuali, 

'Oppa Kepala Hotak Kamu'.
Lepas tu orang kritik sentap.
Mohon terasa.

Jangan membudayakan Kpop. Kita hidup kat Malaysia, bukan Seoul.
Trend depa memang suka idolize artis. So some of them end up to be less creative and keep copying. Sebab tu sebelum ni bila ada artis bunuh diri kat sana melambak org awam bunuh diri.
Suicide rate depa memang selalu Top 3 dunia.
Sedar la, last2 hampa nikah orang Malaysia jugak. Lainla hang henseng mcm Jehan Miskin bini orang Korea.

Back to senses, jangan puja sangat manusia. Syirik hukumnya jika terlebih sudah.

Jangan sampai kat kubur nanti hampa nak jawab,

'Kpop akidahku'



Saturday, 6 July 2013

Perihal Si Pelopor Islamis

Persoalannya dalam dunia Islamis kita terlalu banyak Sang Pengkritik berbanding Sang Pelaku,

Terlalu banyak Sang 'Suci' dan Sang 'Pelabel' yang tidak dapat menerima kehadiran si Islamis liberal dan Sosialis dalam perjuangan mereka,

Terlalu banyak Sang Peminta Puji dari Sang Ikhlas,

Terlalu banyak Sang Obsesi Parti Politik daripada Sang Neutral,

Buka mata. Bunga telinga. Dengar, lihat, peka.

Dakwah itu perlukan masa. Dakwah itu perlukan pemahaman.
Manusia itu kurang sabarnya. Manusia itu rumit sifatnya.
Manakan si anak mahu menutup aurat jika tidak diajar apakah erti menutup aurat.
Manakan sang liberalis mahu mendengar jika tidak diajar apakah ertinya Ad-Din, tidak diajar budaya Ad-Din.

Kenali bakat anda. Optimumkan pada kerja dakwah.
Kata Mat Luthfi, kita tak boleh buat semua jadi baiklah kita gerak bersama.

Wallahu'alam.




"Kebangkitan Islam itu umpama air, tak boleh disekat. Apa bila disekat di bahagian kiri, ia mengalir ke kanan. Apabila disekat di bahagian kiri dan kanan, ia akan melimpah.

Hentikanlah gerak kerja anda memburu dunia dan pangkat semata mata, sehinggakan perjuangan itu tergadai. Jadilah seorang ahli gerakan Islam yang ikhlas berjuang"

(Ustaz Muhammad Mujahid)

Cakna


Cakna,
Cakna dengan masyarakat sekelilingmu.

Cakna,
Cakna dengan umatmu.

Cakna,
Cakna dengan saudara seagamamu.

Cakna,
Cakna dengan ilmumu.

Caknalah kerna kau sayang. Caknalah kerna kau ingin menyumbang,
Caknalah kerna kau inginkan perobahan positif.

Lupakan nama,
lupakan label,
lupakan kata orang,
Lupakan mereka,
Jika itu niat di sebalik caknamu.


Kerna Sang Penilai hanyalah yang Satu.